Emas Menutup Kebocoran Wang

Share on social media

Contoh produk emas Public Gold

 

Sudah menjadi satu sifat manusia, apabila ada sahaja duit pasti terfikir untuk dibelanjakan. Tidak dinafikan bahawa tujuan harta atau duit itu untuk digunakan. Kalau ia digunakan untuk keperluan atau tanggungjawab nafkah itu tidak mengapa, yang menjadi isunya apabila kita menghabiskan duit hanya pada perkara-perkara bukan keperluan. Setiap bulan pasti terfikir, kemana habis semua duit gaji bulan ini?

Itulah antara bahayanya apabila duit lebihan kita disimpan dalam bentuk yang mudah untuk dicairkan. Tidak kira sama ada simpan di dalam akaun Tabung Haji, apatah lagi dalam akaun bank biasa. Apabila terlintas sahaja untuk membeli sesuatu, maka ia hanya memerlukan lima minit untuk berlakunya transaksi pembelian bahkan boleh dibelanjakan sehingga beribu ringgit hanya di hujung jari sahaja.

Tapi berbeza jika kita simpan dalam bentuk emas. Ianya susah untuk bocor kerana kita terpaksa mengambil sedikit tempoh bertenang (perlu melalui proses jual atau pajak terlebih dahulu) sebelum berbelanja. Jadi kita tidak akan sesekali untuk jual emas tanpa tujuan yang sangat penting dan mustahak.

 

PENTINGNYA TEMPOH BERTENANG!!

Pendek kata, emas tersebut kita tidak akan menjualnya kalau sekadar ingin membeli telefon baharu, sedangkan yang lama masih elok atau sekadar ingin membeli beg tangan baru sedangkan yang lama masih boleh diguna. Tapi jika duit disimpan di dalam akaun bank, biasanya kita tidak fikir panjang. Buka sahaja platform jual beli atas talian, terus terbeli. Tabiat ini akan membuatkan duit kita tidak bertambah bahkan sekadar menjadi transit di dalam akaun bank semata.

Kita akan perasan bahawa emas-emas yang kita miliki hanya akan dijual atau pajak apabila,

(1) ada hal kecemasan (apabila telah kehabisan duit simpanan kecemasan), atau

(2) ada peluang lain yang menguntungkan seperti dijadikan modal pusingan perniagaan, atau

(3) telah mencapai matlamat simpanan seperti untuk membayar downpayment rumah pertama, atau digunakan untuk menunaikan ibadah haji.

Dari sudut simpanan, saya hanya simpan duit tunai di bank hanyalah sebanyak tiga bulan pendapatan sahaja sebagai “Dana Kecemasan”. Selebihnya akan di simpan dalam bentuk emas atau aset kekal.

Emas juga adalah duit tunai, tetapi dalam bentuk yang berbeza. Bila-bila ingin gunakan duit, kita boleh jual atau pajak sahaja emas itu dan dapat duit secara langsung. Tapi bezanya, ia memerlukan sedikit usaha dan proses untuk mendapatkan duit tunai tersebut dan ia dipanggil sebagai tempoh bertenang.

Jika anda berminat untuk membuka akaun simpan emas atau berminat ingin belajar untuk membeli dan menyimpan emas anda hari ini, boleh terus pm saya atau tekan sini

Boleh beli Emas serendah RM100 bersamaan 0.3831 gram (mengikut harga semasa Emas)

Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?

Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...

Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...

Tatacara Solat Sunat Witir

Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian

Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...

Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...

Hide Preloader