Konsep Maslaḥah dan Mafsadah dalam Usul Fiqh

Konsep maṣlaḥah dan mafsadah merupakan antara asas dalam kerangka usul al-fiqh kerana kedua-duanya menjadi antara rujukan para fuqaha dalam menyelesaikan permasalahan hukum, khususnya isu kontemporari yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Dari sudut bahasa, maṣlaḥah merangkumi setiap perkara yang mengandungi manfaat, sama ada dengan menarik dan menghasilkan kebaikan ataupun dengan menolak dan memelihara daripada kemudaratan. Manakala mafsadah pula ialah segala yang membawa kepada kerosakan yang perlu ditolak. Hubungan kedua-dua konsep ini bersifat beriringan, kerana menolak mafsadah itu sendiri merupakan sebahagian daripada usaha menghasilkan maṣlaḥah.

Metod Ijtihad Intiqa’i dan Insya’i dalam pengeluaran sesuatu fatwa

Metod Ijtihad Intiqa’i dan Insya’i dalam pengeluaran sesuatu fatwa Fiqh merupakan suatu penjelasan hukum Islam yang mana telah melalui suatu proses pengistinbatan hukum oleh para mujtahid atau ulama’. Dalam proses penyelidikan dan penelitian bagi menentukan sesuatu hukum itu tidak dapat lari daripada penerimaan kepada sumber hukum yang terutama dalam Islam iaitu al-Quran dan al-Hadith. Namun […]

Hide Preloader