Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Share on social media

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu..

Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami situasi seperti ini kan? Bagi mereka yang belum mula menjadi penyimpan emas akan tertanya-tanya bilakah masa yang paling sesuai untuk memulakan simpanan emas buat kali pertama. Tapi harga emas sedang mencanak naik, rugilah kalau beli sekarang kan?

Sebenarnya jika kita lihat kembali kepada graf harga pasaran emas dunia, harga emas sentiasa meningkat. Naik turun itu perkara biasa, tapi secara view yang lebih luas harga emas sentiasa ada kenaikan. Kalau anda menunggu harga emas rendah baru untuk memulakan simpanan emas, persoalan yang timbul bilakah harga emas akan dianggap rendah? Serendah apa yang dianggap rendah bagi harga emas itu sendiri.

ADAKAH ANDA SEORANG PELABUR EMAS?

Antara soalan yang perlu ditanyakan pada diri kita sendiri, adakah aku ini seorang pelabur emas? Bagi mereka yang belum pernah mula menyimpan emas, mereka akan tertanya-tanya bilakah harga emas akan turun? Barulah aku nak mulakan simpanan emas pertama aku. Bagi yang dah mulakan simpan emasnya, bila harga emas sedang mencecah harga tertingginya pula rasa sayang nak jual untuk ambil keuntungan daripada kenaikan harga pasaran emas dunia.

Perkara ini sering membelenggu mereka yang mengganggap bahawa dirinya seorang pelabur emas dengan erti kata lain menjadikan emas sebagai salah satu instrumen pelaburan. Pada hakikatnya mereka ini bukanlah seorang pelabur emas malah hanyalah seorang penyimpan emas.

Sebab itu, sebelum anda memulakan simpanan emas anda perlu jelas dengan matlamat anda sendiri dan tahu di manakah posisi anda yang sebenar. Adakah anda seorang penyimpan emas? Atau adakah anda seorang pelabur emas? Atau adakah anda seorang peniaga emas? Oleh sebab itu, saya pernah menjelaskan berkaitan 3 posisi pelaburan emas. Anda perlu jelas bahawa anda sebenarnya di posisi mana.

BILA WAKTU TERBAIK UNTUK MEMBELI EMAS?

Sembang panjang-panjang jadinya bila waktu yang terbaik untuk membeli emas? Sabar tuan-tuan, hidup ini memerlukan kepada proses dan kesabaran untuk berjaya 🙂 Jadinya waktu terbaik adalah sekarang.

Ya betul, sekarang adalah waktu yang terbaik untuk membeli emas. Ini kerana, apabila anda mulakan langkah yang pertama ketika mana menjadi seorang penyimpan emas, maka itulah benchmark yang pertama dalam hidup anda. 

Bayangkan kalau pada hari ini anda mula membeli 1 gram emas pada harga RM380 dan ia merupakan antara harga tertinggi emas pada ketika ini, sekiranya harga emas 1 gram naik kepada RM390 anda akan tersenyum kerana nilai 1 gram pertama anda tadi telah pun naik RM10.

Adapun sekiranya harga emas 1 gram turun kepada RM340, anda juga akan tersenyum kerana inilah masa yang anda tunggu-tunggu selama ini untuk membeli emas pada harga yang murah.

Maka di sini, perkara yang paling penting ialah benchmark harga emas pertama bagi hidup anda itulah penentu kepada mahal atau murah bagi sesebuah emas itu sendiri. 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sekiranya anda tidak ada ilmu teknikal analisis dan masih tertunggu-tunggu untuk membeli 1 gram emas pertama pada harga terendah anda bukanlah seorang pelabur emas. Begitu juga bagi mereka yang sudah ada simpanan emas dan sayang untuk menjualnya pada harga tertinggi ketika ini, anda juga bukanlah seorang pelabur emas. Secara jujurnya anda hanyalah seorang penyimpan emas. 

Maka bagi seorang penyimpan emas, ia tidak patut untuk membazirkan emosi sepenuhnya hanya pada chart turun naik harga pasaran emas dunia. Sepatutnya sebagai seorang penyimpan emas hanya fokus kepada kuantiti gram emas bukannya pada nilai RM itu sendiri. Lainlah kalau anda ada modal nak beli 1kg emas mungkin boleh dipertimbangkan anda seorang pelabur. Untuk kes ini, anda boleh mula belajar dan menuntut ilmu fundamental dan teknikal analisis untuk mengetahui di mana zon support atau resistance bagi pergerakan harga emas dunia.

ANDA INGIN MEMBELI EMAS SERENDAH RM100?

Aduhh harga emas sekarang mahal lah.. 1 gram dah cecah RM400 

Jangan risau, sebenarnya di Public Gold kita boleh membeli emas serendah RM100 sahaja melalui akaun emas GAP. Jika anda berminat untuk membuka akaun simpan emas atau berminat untuk belajar membeli dan menyimpan emas anda pada hari ini, boleh terus tekan di sini

Boleh beli emas serendah RM100 bersamaan 0.3831 gram (mengikut harga semasa emas)

Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?

Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...

Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...

Tatacara Solat Sunat Witir

Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian

Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...

Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...

Hide Preloader