Tatacara Solat Sunat Witir

Share on social media

Setiap kali datang bulan Ramadan tentu kita sering kali terdengar mengenai solat sunat witir. Ya betul, solat yang selalu dilakukan setelah selesai kita solat sunat tarawih. Adakah solat sunat witir ini hanya boleh dilakukan seusai kita solat sunat tarawih semata atau boleh dilakukan selepas solat-solat sunat malam di dalam qiamullail?

 

Solat sunat witir ialah solat sunat yang dilakukan pada waktu yang tertentu yang menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam. Bilangan rakaatnya adalah bilangan yang ganjil dan disebabkan itulah ia dinamakan sebagai witir. Sebagaimana sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Maksudnya:Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam.” (Riwayat Bukhari)

 

Maka di sini telah kita faham bahawa, solat sunat witir ini bukanlah hanya dilakukan pada bulan Ramadan semata sepertimana solat sunat tarawih. Solat sunat witir merupakan solat sunat penutup bagi solat-solat sunat yang dilakukan pada malam hari sebelum subuh.

 

Kenapa solat sunat witir ini sangat dituntut untuk dilakukan? Ini kerana ada galakkan daripada Rasulullah SAW agar dikerjakannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (iaitu Nabi Muhammad SAW) mewasiatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat solat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari)

TATACARA SOLAT SUNAT WITIR

Oleh itu, bagaimanakah cara atau kaifiat bagi mengerjakan solat sunat witir ini? Sebagaimana namanya pun witir iaitu bermaksud ganjil, maka solat sunat ini mestilah dilakukan dalam bilangan rakaat yang ganjil. Boleh untuk dilakukan dalam 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat yang paling banyak.

Jika witir 3 rakaat adakah 1 salam atau 2 salam

 

Dalam isu ini, kedua-duanya dibolehkan sama ada 3 rakaat witir dengan 1 salam atau 3 rakaat witir dengan 2 salam.

 

Adapun bagi solat sunat witir 3 rakaat dengan 1 salam ianya dikerjakan dengan hanya 1 tasyahud sahaja sementara solat fardhu maghrib ia dikerjakan sebanyak 2 tasyahud. Ia bagi membezakan antara solat fardhu maghrib dengan solat sunat witir. Hal ini kerana ada larangan daripada Rasulullah SAW berkaitannya iaitu:

لا تُوَتِّرُوا بِثَلاَثٍ تَشَبَّهُوا بِالْمَغْرِبِ

Maksudnya: “Jangan kamu solat witir dengan tiga rakaat, sehingga menyerupai solat Maghrib.” (Riwayat al-Hakim)

 

Adapun yang lebih afdhal menurut di sisi ulama, solat sunat witir 3 rakaat haruslah dilakukan dengan 2 salam kerana ia lebih bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمُ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَة توتر لَهُ مَا قد صلى

Maksudnya:Solat pada waktu malam hendaklah dilakukan dalam bilangan dua dua (rakaat), tetapi jika salah seorang daripada kamu takut akan masukknya waktu subuh, maka hendaklah dia solat satu rakaat yang akan menjadikan jumlah solatnya ganjil.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lafaz niat solat sunat witir

 

1) Solat sunat witir 3 rakaat 1 salam:

أُصَلِّي سُنَّةَ الْوِتْرِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku Solat Sunat Witir tiga rakaat kerana Allah Taala”

2) Solat sunat witir 3 rakaat 2 salam; Pada 2 rakaat pertama:

أُصَلِّي سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku Solat Sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala”

Pada 1 rakaat terakhir:

أُصَلِّي سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَ

Maksudnya: “Sahaja aku Solat Sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala”

Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?

Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...

Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...

Tatacara Solat Sunat Witir

Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian

Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...

Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...

Hide Preloader