- Al-Hadīth
- Al-Sunnah
- Al-Khabar
- Al-Athar
- Al-Isnād
- Al-Sanad
- Al-Musnad
- Al-Matan
- Al-Thoriq
- Al-Wajh
- Al-I’tibār
- Al-Mutābi’
- Al-Syahid
1. AL-HADĪTH
Dari sudut bahasa al-Hadīth bermaksud pemberitahuan.
Dari sudut istilah pula membawa maksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW samada dari segi pertuturan, perbuatan, pengakuan atau segala sifat kejadian mahupun akhlak.
2. AL-SUNNAH
Dari sudut bahasa bermaksud al-Sīrah (السيرة) iaitu suatu perjalanan, samada ia bersifat baik mahupun buruk.
Menurut istilah Muhaddithīn ia merujuk kepada sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dari sudut pertuturan, perbuatan, pengakuan atau segala sifat penciptaan dan akhlak baginda atau perjalanan kehidupan samada sebelum mahupun selepas baginda dilantik menjadi rasul.
3. AL-KHABAR
Dari sudut bahasa bermaksud sesuatu perkara atau maklumat yang disampaikan dalam bentuk nukilan atau penceritaan.
Dari sudut istilah pula para ulama’ berbeza pendapat mengenainya, antaranya:
Pertama: Maksudnya sama sahaja seperti al-Hadīth.
Kedua: Berbeza dengan al-Hadīth. Ini kerana, al-Hadīth hanya khusus merujuk kepada segala perkara yang datangnya daripada Nabi Muhammad SAW. Sedangkan, al-Khabar pula merujuk kepada sesuatu yang datangnya daripada selain Nabi Muhammad SAW.
4. AL-ATHAR
Dari sudut bahasa bermaksud sesuatu yang berbaki daripada sesuatu.
Dari sudut istilah pula terdapat beberapa pandangan ulama’ mengenainya, antaranya:
Pertama: Maksudnya sama seperti al-Hadīth
Kedua: Berbeza dengan al-Hadīth. Iaitu sesuatu yang disandarkan kepada sahabat dan tābi’in dari sudut perkataan dan perbuatan.
5. AL-ISNĀD
Dari sudut bahasa bermaksud menyandarkan sesuatu perkara kepada sesuatu perkara yang lain.
Dari sudut istilah pula membawa maksud, mengangkat atau meriwayatkan hadith pada orang yang mengatakannya (dari Nabi Muhammad SAW). Contohnya, seseorang meng’isnadkan sesuatu hadīth.
6. AL-SANAD
Dari sudut bahasa bermaksud sesuatu yang dipegang atau disandarkan.
Dari sudut istilah pula bermaksud sesuatu perkhabaran tentang jalan riwayat matan, iaitu rantaian para perawi hadīth.
7. AL-MUSNAD
Dari sudut bahasa bermaksud kata nama objek bagi “asnada” (أسند) iaitu menyandarkan atau menisbahkan.
Dari sudut istilah pula bermaksud kitab hadīth yang menghimpunkan hadīth-hadīth berdasarkan nama sahabat yang meriwayatkannya. Contohnya al-Musnad Imam Ahmad dan al-Musnad Humaydi.
8. AL-MATAN
Dari sudut bahasa bermaksud sesuatu yang kukuh dan menaik tinggi dari tanah.
Dari sudut istilah pula bermaksud kata-kata yang berada di penghujung sesuatu sanad. Iaitu sesuatu yang berakhir padanya sanad daripada lafaz-lafaz hadīth yang menunjukkan kepada maknanya.
9. AL-THORIQ
Dari sudut bahasa bermaksud jalan.
Dari sudut istilah pula bermaksud sama seperti al-Sanad. Ini kerana ia menyambungkan kepada al-Matan.
10. AL-WAJH
Dari sudut bahasa bermaksud wajah, sudut, atau bentuk.
Dari sudut istilah pula bermaksud jalan bagi sesuatu riwayat atau sanad.
11. AL-I’TIBĀR
Dari sudut bahasa bermaksud menguji atau memeriksa.
Dari sudut istilah pula bermaksud meneliti jalan periwatan hadīth yang tunggal untuk mengetahui samada terdapat riwayat lain yang sama sepertinya dalam kalangan para perawi hadīth, atau seumpama dengannya dari sudut makna, dan yang mempunyai sanad yang sama dengannya atau melalui jalan lain dari sahabat yang sama, ataupun tidak terdapat sebarang riwayat yang seumpama dengannya mahupun dari aspek persamaan lafaz atau makna hadīth.
12. AL-MUTĀBI’
Dari sudut bahasa bermaksud yang mengikut, menyokong atau bersama.
Dari sudut istilah pula bermaksud para perawi bagi sesuatu hadīth yang berkongsi sama dalam meriwayatkannya dengan para perawi sebuah hadīth tunggal dari sudut lafaz dan maknanya, ataupun pada maknanya sahaja, di samping mereka semua meriwayatkannya dari sahabat yang sama.
13. AL-SYĀHID
Dari sudut bahasa bermaksud seseorang yang menyampaikan apa yang dimilikinya daripada berita atau penyaksian.
Dari sudut istilah pula bermaksud hadīth yang diriwayatkan dengan makna (memiliki makna) seperti hadīth yang lain, atau lafaz yang sama daripada sahabat yang berbeza.
Hadith Hasan
Share on social mediaDefinisi kepada hadith hasan adalah sebuah hadith yang bersambung sanadnya, diriwayatkan oleh perawi yang ‘adil, kurang dhabit,...
Hadith Sahih
Share on social mediaDefinisi kepada hadith sahih itu boleh dikenali sebagai sebuah hadith yang bersambung pada sanadnya, diriwayatkan oleh perawi...
Sekularisme dan Islam
Share on social media Sekularisme merupakan satu ideologi yang dibawa oleh barat. Pengasingan antara pengaruh agama dalam sistem pentadbiran sesebuah...
Metod Ijtihad Intiqa’i dan Insya’i dalam pengeluaran sesuatu fatwa
Share on social media Metod Ijtihad Intiqa’i dan Insya’i dalam pengeluaran sesuatu fatwa Fiqh merupakan suatu penjelasan hukum Islam yang...
Istilah-istilah dalam ulum hadith
Share on social media Al-Hadīth Al-Sunnah Al-Khabar Al-Athar Al-Isnād Al-Sanad Al-Musnad Al-Matan Al-Thoriq Al-Wajh Al-I’tibār Al-Mutābi’ Al-Syahid 1. AL-HADĪTH Dari...
Emas Menutup Kebocoran Wang
Share on social media Contoh produk emas Public Gold Sudah menjadi satu sifat manusia, apabila ada sahaja duit pasti...