3 Posisi Pelaburan Emas

Share on social media

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PENYIMPAN, PELABUR DAN PENIAGA EMAS?

Hari ini, penyimpan emas yang berilmu tersenyum lebar kerana harga emas cuma RM254/gram (20 Feb 2021). Mereka yang sudah membeli pada harga RM304/gram haritu pun tidak rugi jika tahu posisi masing-masing dalam pelaburan emas sama ada sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga.

POSISI #1 PENYIMPAN EMAS

Siapakah ia penyimpan emas?
Mereka ialah yang menyimpan emas untuk jangka masa yang panjang dengan matlamat yang jelas. Contohnya mereka menyimpan emas dengan matlamat untuk membayar deposit rumah, belanja kahwin, ataupun sebagai tabung pengajian anak-anak. Tidak kisahlah sama ada harga emas naik atau turun ia tidak memberi kesan dari sudut psikologi mereka asalkan setiap bulan jumlah gram yang disimpan sentiasa bertambah. Apabila harga emas turun seperti hari ini, makin membuatkan mereka tersenyum kerana pada masa inilah waktu yang sesuai untuk menambah gram dalam simpanan emas.

POSISI #2 PELABUR EMAS

Siapakah pula mereka yang bergelar sebagai pelabur emas?

Jika hanya menyimpan 1 gram emas sebulan, ia belum lagi dikategorikan sebagai pelabur emas. Apabila disebut sebagai pelabur emas ia perlu mempunyai ilmu analisis teknikal harga emas supaya boleh memaksimakan keuntungan dalam jangka masa pendek. Pelabur emas ini mereka akan membeli item emas yang besar seperti 250g atau 1000g. Hal ini kerana dengan hanya kenaikan sebanyak RM1 sahaja pun dah untung RM250-RM1000.

Buy Low Sell High.

POSISI #3 PENIAGA EMAS

Siapakah pula peniaga emas? Adakah anda salah seorangnya?

Pada posisi ini, mereka akan sentiasa untung tidak kira sama ada harga emas tinggi atau rendah. Belum ada lagi kedai emas yang tutup disebabkan tidak ada orang yang datang membeli. Begitu juga harga emas naik atau turun tidak memberi kesan yang besar sehingga terpaksa gulung tikar. Jika kita lihat pada ketika ini, waktu harga mencanak naik pada musim covid-19 tetap ramai pelanggan mereka berpusu-pusu membeli emas secara online. Tahu kenapa? Kerana mereka faham nilai emas tetap mampu menjamin kekayaan mereka pada waktu ekonomi merosot.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kalian berada pada posisi yang mana? Adakah anda sebagai penyimpan emas? Atau anda sebagai pelabur emas? Atau anda sebagai peniaga emas? Atau adakah anda tidak tergolong antara salah satunya?

Alangkah ruginya ketika mana orang lain telah ada kesedaran tentang emas sebagai penyimpan nilai kekayaan sedangkan anda masih lagi teragak-agak menunggu harga emas turun. Bayangkan pada tahun 2020 ketika covid 19 sedang melanda seluruh dunia dan ada ketika itu harga emas mencecah paras tertinggi dengan harga RM280 pergram emas pun ramai yang membeli. Hal ini kerana harga emas akan tetap berlaku kenaikan walaupun anda rasa ia telah menyentuh harga termahal.

Andai pun esok hari harga emas turun, kalian akan tetap senyum apabila sudah memahami dan tahu di mana posisi kalian berada.

ANDA INGIN MEMBELI EMAS SERENDAH RM100?

Di Public Gold kita boleh membeli emas serendah RM100 sahaja melalui akaun emas GAP. Jika anda berminat untuk membuka akaun simpan emas atau berminat untuk belajar membeli dan menyimpan emas anda pada hari ini, boleh terus tekan di sini

Boleh beli emas serendah RM100 bersamaan 0.3831 gram (mengikut harga semasa emas pada 20 Feb 2021)

Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?

Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...

Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...

Tatacara Solat Sunat Witir

Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian

Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...

Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...

Hide Preloader