Pernahkah anda tertanya-tanya apakah perbezaan antara NIAT dan LAFAZ NIAT? Nampak seakan sama tapi lain.
Di dalam Islam terdapat banyak amalan-amalan atau ibadah khusus tidak kira sama ada ianya bersifat wajib mahupun sunat. Setiap amal ibadah ini pula ada tatacaranya yang tersendiri dan khusus. Sebagai contoh, solat fardhu ianya mempunyai sebanyak 13 rukun. Manakala puasa pula ada sebanyak 3 rukun. Walaupun ia berbeza dari sudut bilangan rukun akan tetapi di dalamnya tetap ada satu rukun wajib yang sama iaitu niat.
KENAPA PENTINGNYA NIAT?
Hal ini kerana terdapat suruhan daripada Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”. (Riwayat Bukhari)
FAEDAH HADITH
Di sini dapat kita ketahui bahawa setiap amalan kita berpandukan apa yang diniatkan. Sekiranya kita melakukan sesuatu ibadah dengan niat untuk mendapatkan habuan dunia semata, maka itulah yang didapatkan, adapun sebaliknya. Maka alangkah ruginya apabila kita hanya berpenat-penat di atas dunia dengan segala ibadah hanya dilakukan untuk mendapatkan kemulian dan pujian manusia, sedangkan di akhirat kelak tidak dikira sebagai pahala ibadah kepada Allah SWT.
NIAT MEMBEZAKAN JENIS IBADAH
Pentingnya niat dalam sesebuah amal ibadah yang dilakukan ialah bagi membezakan antara ibadah wajib dan sunat. Contohnya sekiranya kita mengerjakan solat fardhu subuh dua rakaat tanpa niat yang khusus di dalam hati, maka solat tersebut boleh dianggap hanya sekadar solat sunat dua rakaat biasa. Begitu juga sekiranya kita berpuasa di bulan Ramadan mahupun sunat tanpa niat di dalam hati maka kita hanya mendapatkan lapar dan dahaga semata kerana tiada kehadiran niat untuk beribadah kepada Allah SWT.
PERBEZAAN ANTARA NIAT DAN LAFAZ NIAT
Maka pasti antara kita ada yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara niat dan lafaz niat? Adakah NIAT itu wajib? Adakah LAFAZ NIAT itu juga wajib dalam sesebuah ibadah?
Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama.
Lafaz Niat pula ialah sesebuah lafaz yang terzahir ada mulut berdasarkan apa yang hadir di dalam hati.
Secara mudahnya lafaz niat ia merupakan pertuturan yang keluar daripada mulut berdasarkan apa yang diniatkan di dalam hati. Ia sebuah penzahiran secara nyata.
Maka persoalannya, adakah lafaz niat itu turut wajib di dalam ibadah-ibadah khusus?
Jawabnya, TIDAK. Perkara yang wajib di dalam sesebuah ibadah hanya niat atau lintasan hati secara khusus sahaja. Adapun lafaz niat yang dizahirkan di mulut hanyalah sekadar pengukuhan bagi niat di hati. Jangan kita terkeliru menganggap bahawa lafaz niat secara jahar dan kuat itu wajib, tidak. Bahkan ia ditegah di dalam syariat untuk kita mengeraskan suara dengan melafazkan niat sehingga mengganggu jemaah lain yang sedang beribadah.
Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?
Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...
Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?
Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...
Tatacara Solat Sunat Witir
Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...
Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian
Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...
Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan
Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...
Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?
Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...