Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan merupakan pesta ibadah, suatu bulan yang digandakan pahala bagi segala amalan soleh yang dilakukan dalamnya.
Akan tetapi setiap amalan soleh atau ibadah ia mempunyai rukun-rukunnya yang tertentu. Setiap amal ibadah memerlukan kepada niat sebagai mana hadith yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.
Maka di sini dapat kita fahami bahawa niat itu asas bagi setiap amalan yang ingin kita kerjakan. Tanpa niat maka sia-sia sahaja amalan yang kita telah kerjakan tersebut. Namun di sini kita perlu mampu untuk membezakan antara niat dan juga lafaz.
Perkara yang wajib ialah niat bukan lafaz. Namun perbahasan ini memerlukan kepada penjelasan yang lebih mendalam yang mana tidak akan kita bahas di sini.
Bacaan lanjut berkaitan: Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat
LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN SEBULAN DAN HARIAN

Lafaz niat puasa Ramadan sebulan:
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala.”
Lafaz niat puasa Ramadan setiap malam:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”
Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?
Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...
Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?
Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...
Tatacara Solat Sunat Witir
Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...
Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian
Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...
Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan
Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...
Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?
Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...