Latar Belakang Syarikat Public Gold

Share on social media

LATAR BELAKANG SYARIKAT PUBLIC GOLD

 

Public Gold atau nama penuhnya Public Fine Gold International Sdn Bhd sememangnya diyakini oleh pelabur dan pembeli emas dan perak.

 

Public Gold adalah syarikat pengilang dan pedagang (jual beli) tempatan yang telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan produknya iaitu terdiri dari jongkong emas dan jongkong perak telah pun diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record sejak awal penubuhannya lagi iaitu pada tahun 2008. Pengiktirafan ini merupakan yang pertama kepada syarikat pengeluar dan pedagang jongkong emas dan perak tempatan. Pada peringkat permulaan, perniagaan Public Gold hanya tertumpu di Pulau Pinang dan kawasan utara Semenanjung Malaysia sahaja.

 

Kini, Public Gold berkembang pesat dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara bagi memudahkan dealer-dealer mengambil stok emas dan perak. Public Gold juga mempunyai anak syarikat iaitu Public Dinar yang mengeluarkan syiling Dinar Emas dan Public Jewellery yang mengeluarkan barang-barang kemas investment series (atau i-series).

 

Dengan perkembangan pesat dan kepercayaan para penyimpan dan pelabur emas, Public Gold kini telah mempunyai wismanya sendiri yang dipanggil Wisma Public Gold di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas yang menggabungkan kilang emas dan perak serta Ibu Pejabat Public Gold dan anak syarikat dalam satu bangunan di kawasan yang sama. Ia telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 15 Mac 2012 yang lalu.

 

Perasmian oleh pemimpin tertinggi negara oleh Ke Bawah Duli Permaisuri Agong tersebut menunjukkan bahawa Public Gold telah diberi pengiktirafan yang amat besar dalam sejarah kegemilangan emas dan perak yang menunjukkan keyakinan yang sangat tinggi oleh pelabur dan peminat-peminat emas dan perak.

 

Sebenarnya Public Gold sebagai pengilang, pengeluar dan pedagang (jual beli) emas telah pun diiktiraf oleh pemimpin negara sejak awal penubuhannya lagi. Dengan adanya kilang sendiri, Public Gold dapat menjual emas dan perak keluarannya pada harga yang lebih rendah kerana kos pengeluarannya tidak bergantung kepada pihak ketiga.

 

Public Gold merupakan satu-satunya syarikat jual beli emas di Malaysia yang di iktiraf patuh syariah (Syariah Compliance) oleh panel syariah Amanie Advisors. Panel Syariah yang sama telah dilantik oleh World Gold Council (WGC).

 

Public Gold juga menjalinkan kerjasama bersama beberapa syarikat besar di Malaysia termasuk Pos Laju Malaysia.

ANDA INGIN MEMBELI EMAS SERENDAH RM100 SAHAJA?

Di Public Gold kita boleh membeli emas serendah RM100 sahaja melalui akaun emas GAP. Jika anda berminat untuk membuka akaun simpan emas atau berminat untuk belajar membeli dan menyimpan emas anda pada hari ini, boleh terus tekan di sini

Boleh beli emas serendah RM100 bersamaan 0.3831 gram (mengikut harga semasa emas)

Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?

Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...

Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...

Tatacara Solat Sunat Witir

Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian

Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...

Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...

Hide Preloader