Pengenalan asas Ilmu Mustalah al-Hadīth

Pengenalan asas atau dasar berkaitan Ilmu Mustalah Al-Hadīth

Ilmu Mustalah Al-Hadīth atau dikenali juga dengan Ulum Al-Hadīth ia merujuk kepada satu himpunan kaedah atau perbincangan mengenai hadīth yang telah disusun oleh ulama bagi menjaga keaslian dan kesahihan hadīth Nabi Muhammad SAW daripada segala pemalsuan, kesilapan dan pengubahsuaian konteks, lafaz mahupun makna.

Antara skop perbincangan dalam Ilmu Mustalah Al-Hadīth ialah merangkumi dari sudut sanad, matan, penerangan mengenai perihal perawi dan riwayat, mengenali hadīth al-Maqbul, dan hadīth al-Mardūd, sahih dan dhoif, nāsikh dan mansūkh dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hide Preloader