Emas Menjamin Nilai Kekayaan

Share on social media

Adakah anda seorang yang susah untuk menyimpan atau menabung? Setiap kali gaji masuk ja terus checkout barang secara online di platform untuk berbelanja. Ketika gaji dah habis duit takda tak boleh membeli tapi masih lagi bersemangat add to cart barang-barang yang ingin dibeli 🙂

Itulah sifat dan tujuan duit sebenarnya. Selagi kita ada duit, selagi itu keinginan untuk menggunakannya atau menghabiskannya. Jangan risau, bukan anda seorang yang mengalami situasi seperti ini. Masih ramai lagi di luar sana yang struggle untuk membuang nafsu membeli ini.

APA ITU TEMPOH BERTENANG?

Nafsu ini ia bersifat bergejolak atau membuak-buak. Pernah anda mendengar istilah adrenaline rush? Haa lebih kurang sama lah tu, semangat berkobar-kobar apabila dicucuk atau dirangsang dengan emosi. Sebenarnya, kadang-kadang barang yang ingin kita beli itu takdalah penting atau keperluan sangat, akan tetapi hanyalah dorongan nafsu yang mempengaruhi emosi untuk membeli. 

Lagi-lagi pada masa ini telah ada pelbagai platform media sosial yang mengasyikkan. Bosan sikit terus scroll, bosan sikit terus buka media sosial yang berasaskan video-video pendek (tak boleh mention nama platform nanti kang tak pasal-pasal kena saman:) gurau.. gurau). Kena sikit ayat-ayat marketing terus teracun untuk beli. Memang itu pun tujuan penjual, mereka iklan untuk pelanggan beli barang dia, tak salah pun 🙂 Tapi berbalik kepada kita, adakah kesihatan kewangan kita masih berada pada tahap yang baik atau tidak?

Maka itulah penting adanya tempoh bertenang. Kita perlukan suatu tempoh bertenang bagi masa untuk otak mampu berfikir dengan rasional. Akan tetapi sangat sukar untuk bertenang apabila pada zaman sekarang semuanya berada di hujung jari sahaja. Kalau dahulu duit bersifat fizikal, tapi sekarang dah bersifat online. Boleh dikatakan semua orang sekarang dah ada online bankin. Jadi makin mudah untuk duit sekarang digunakan atau dibelanjakan. Ini kerana sifat duit itu sangat mudah untuk dicairkan.

EMAS MENUTUP KEBOCORAN DUIT

Emas merupakan sebuah aset yang menyimpan nilai kekayaan. Emas juga merupakan sebuah aset yang bersifat fizikal dan sedikit sukar untuk dicairkan jika dibandingkan dengan duit. Oleh disebabkan sifatnya yang sedikit sukar untuk dicairkan, maka wujudlah satu ruang atau tempoh yang boleh kita anggap sebagai tempoh untuk bertenang. Bagi masa untuk otak mampu berfikir dengan rasional, emosi stabil dan tidak bertindak secara gopoh. 

Saya katakan emas ini aset yang sedikit sukar untuk dicairkan kerana ianya tidak boleh terus digunakan untuk sebarang pembayaran di kedai. Untuk menggunakannya kita perlu jual dahulu emas tersebut di mana-mana kedai emas untuk kita dapatkan duit. Ia tetap boleh dicairkan akan tetapi sedikit lambat dibandingkan dengan duit kertas yang sedia ada.

Dengan sifatnya yang memerlukan suatu tempoh tertentu untuk dicairkan, maka sifat atau keinginan yang membuak-buak untuk dibelanjakan itu akan sedikit sebanyak terbantut dan jiwa akan lebih tenang, emosi akan lebih stabil. Pada ketika itulah otak mampu berfikir dengan rasional. Eh, sayanglah pulak nak jual emas. Aduhh, emas ni nak guna untuk kecemasan ja. Matlamat aku menyimpan emas ni untuk bayar downpayment rumah bukan untuk beli kasut. Sedikit demi sedikit, emas akan menghakis sifat untuk kita berbelanja pada benda yang bukan keperluan mendesak. 

Dengan itu, emas mampu menutup kebocoran duit kita. Emas pun ibarat duit, ia ada nilainya malah ia menjamin nilai kekayaan tidak terhakis dimamah inflasi. Berbeza dengan duit kertas biasa. Kalau kita ada duit kertas RM300 pada tahun 2010 penuh troli barang keperluan boleh kita beli. Ia tak sama dengan RM300 pada tahun 2025 yang hanya boleh beli cukup-cukup makan sahaja. Berbeza pula dengan emas, dengan 1 dinar berharga RM700 mampu membeli seeor kambing pada tahun tersebut, juga pada tahun 2025 dengan 1 dinar nilainya bertambah berharga RM1,900 masih lagi mampu untuk kita membeli seekor kambing bahkan mungkin lebih.

BILA JA KITA NAK JUAL SIMPANAN EMAS?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apabila kita dah beli dan simpan emas, bila ja kita nak jual simpanan emas kita tu? Haa, sini saya kongsikan 3 keadaan yang boleh anda pertimbangkan untuk jual simpanan emas anda. Apakah 3 keadaan tersebut?

KEADAAN #1

Keadaan yang pertama ialah apabila anda menghadapi satu situasi kecemasan dari sudut kewangan sebagai contoh duit simpanan kecemasan anda telah pun habis digunakan untuk menampung hal kecemasan tersebut. Contohnya ahli keluarga ditimpan ujian kesihatan yang memerlukan duit untuk menampung kos perubatan. Tiba-tiba bil sampai kena bayar RM50,000 anda atau ahli keluarga anda pula takda caruman takaful untuk cover. Haa ni satu lagi, kepentingan mencarum takaful. (Btw, saya bukan ejen takaful ya). Ramai yang terlepas pandangan berkaitan kepentingan takaful. Maka pada ketika ini boehlah anda menjual emas untuk mendapatkan dana pembayaran bagi kos perubatan tersebut.

KEADAAN #2

Keadaan kedua pula iaitu ketika mana matlamat penyimpanan emas anda telah pun tercapai. Sebagai contoh, pada mulanya anda menyimpan emas sebagai simpanan untuk anak menyambung pengajian di universiti. Selain itu, anda menyimpan emas sebagai dana untuk membuat pembayaran downpayment rumah pertama anda atau kereta pertama anda. Maka pada keadaan ini amat sesuai untuk anda menjual simpanan emas anda tersebut.

KEADAAN #3

Untuk keadaan ketiga pula ialah sekiranya ada peluang lain yang lebih menguntungkan seperti dijadikan sebagai modal untuk menjalankan sesebuah bisnes. Jangan pula anda termakan hasutan geng-geng skim cepat kaya. Itu penting adanya tempoh bertenang. Sebelum anda ada duit untuk dilaburkan, suatu tempoh yang panjang untuk anda bertenang, emosi stabil dan mampu berfikir secara rasional anda sempat terhindar daripada pukauan janji-janji manis labur RM300 dalam seminggu dapat pulangan RM100,000.

ANDA INGIN MEMBELI EMAS SERENDAH RM100 SAHAJA?

Di Public Gold kita boleh membeli emas serendah RM100 sahaja melalui akaun emas GAP. Jika anda berminat untuk membuka akaun simpan emas atau berminat untuk belajar membeli dan menyimpan emas anda pada hari ini, boleh terus tekan di sini

Boleh beli emas serendah RM100 bersamaan 0.3831 gram (mengikut harga semasa emas)

Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?

Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...

Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...

Tatacara Solat Sunat Witir

Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian

Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...

Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...

Hide Preloader