Cara Pembelian Emas / Perak Melalui Akaun GAP Public Gold

Share on social media

Adakah anda pengguna baru bagi akaun emas GAP Public Gold? Atau adakah anda pengguna lama tapi dah lupa cara-cara untuk pembelian emas/perak melalui akaun GAP Public Gold? 

Jom ikuti langkah-langkah yang ingin saya tunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukan transaksi pembelian emas melalui akaun GAP Public Gold.

Langkah-langkah pembelian Emas GAP – FPX 

Langkah-langkah ini sebagai panduan kepada pelanggan Public Gold untuk membeli gram emas melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP) dengan pembayaran secara  FPX gateway.

 

Gambar di bawah merupakan antara langkah-langkah yang ditunjukkan bagi pembelian emas melalui akaun GAP Public Gold

Credit Image: Team SOP (Poster) G100

LANGKAH #1

Login ke akaun Public Gold anda sama ada di website rasmi Public Gold https://publicgold.com.my/ atau melalui aplikasi rasmi Public Gold. Masukkan username dan password anda di ruangan yang tersedia. Bagi pengguna kali pertama username dan password anda adalah nombor IC tanpa meletakkan simbol dash.

LANGKAH #2

Setelah anda di bawa ke muka hadapan akaun Public Gold, anda tekan pada bahagian Top Up seperti dalam gambar di atas.

LANGKAH #3

Setelah itu, anda akan ada dua pilihan sama ada untuk pembelian emas atau perak. Pilih salah satu sama ada anda ingin membeli emas atau anda ingin membeli perak. Kemudian di bahagian bawah terdapat pilihan cara payment, tekan FPX dan klik Ok.

LANGKAH #4

Di bahagian Purchase Amount anda masukkan jumlah berapa RM yang anda ingin membeli. Maka di ruangan Purchase Quantity akan terus tertera jumlah gram emas yang anda akan dapat pada jumlah harga pembelian yang anda tetapkan sebentar tadi.

Sekiranya anda ingin membeli emas mengikut gram, maka anda masukkan jumlah gram emas yang anda ingin membeli pada ruangan Purchase Quantity. Maka pada bahagian atas akan terus tertera jumlah RM yang anda perlu bayar pada jumlah gram emas yang telah anda tetapkan sebentar tadi.

LANGKAH #5

Pada bahagian Purchase For sila pilih Myself, sekiranya ingin membeli bagi pihak orang lain maka pilih Third Party dan masukkan username PG code orang tersebut. Pastikan nama dan PG code orang tersebut tepat. Seterusnya tekan pada bahagian I Agree dan Place Order

LANGKAH #6

Kemudian pilih bank yang ingin anda lakukan transaksi pembayaran dan tekan proceed. Setelah itu anda akan di bawa ke paparan bank yang telah anda pilih untuk meneruskan proses pembayaran mengikut langkah-langkah khusus bagi setiap jenis bank yang telah anda pilih.

LANGKAH #7

Setelah itu anda akan di bawa kembali ke paparan utama bagi akaun anda. Secara umumnya anda telahpun berjaya melakukan transaksi pembelian emas atau perak di dalam akaun GAP Public Gold. Jumlah gram emas akan dipaparkan di bahagian atas. Sekiranya anda ingin menyemak kembali sejarah transaksi pembelian anda, maka tekan pada bahagian Gold Accumulation Program seperti yang ditujunkkan pada gambar di atas.

LANGKAH #8

Kemudian tekan pada bahagian history. Sekiranya pembelian anda tidak berjaya, maka jumlah gram pembelian emas atau perak anda tersebut akan masukkan pada bahagian Floating. Jangan risau, ini hanyalah salah satu proses pengesahan transaksi. Jumlah gram emas atau perak anda akan masuk ke dalam Available Balance dalam 1-3 hari bekerja. Akan tetapi situasi Floating ini amat jarang berlaku.

Daftar Akaun Emas GAP Public Gold Sekarang!

Sekiranya anda belum mempunyai akaun emas GAP Public Gold, ayuh daftar sekarang secara percuma dan anda boleh membeli emas serendah RM100. Tekan sini untuk daftar akaun emas GAP Public Gold sekarang!

Berikut merupakan video visual contoh bagi langkah-langkah pembelian emas atau perak melalui aplikasi Public Gold

Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?

Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...

Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...

Tatacara Solat Sunat Witir

Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian

Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...

Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...

Hide Preloader