Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Share on social media

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

 

Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi dibayar berlipat kali ganda. Siapa yang taknak kan?

 

Begitulah ibarat yang dapat digambarkan apabila kita membaca Surah al-Qadr. Apa Allah SWT berfirman?

(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ 

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”(Surah al-Qadr: ayat 1-3)

Sesungguhnya tidak ada satu malam yang lebih mulia daripada malam al-Qadar. Satu malam yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan sehinggakan apa sahaja amalan ibadah yang dikerjakan pada malam ini ia akan dilipat gandakan amalannya lebih baik daripada seribu bulan. Seolah-olah kita beribadah sepanjang seribu bulan atau jika ditukarkan kepada tahun lebih kurang selama 83 tahun.

 

Alangkah ruginya jika kita mensia-siakan tawaran yang sangat hebat ini. Tawaran ini hanya berlaku sekali sahaja dalam setahun dan ia ada pada bulan Ramadan. Sebagaimana firman Allah SWT:

تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksudnya: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.”

 

Pada malam itu para malaikat-malaikat turun ke bumi dengan izin Allah SWT bagi mendengar doa setiap hamba-hamba Allah yang bangkit untuk beribadah dengan penuh kekhusyukan dan rendah hati. Adapun turunnya para malaikat ke bumi itu semua urusan Allah SWT. Tidak perlu untuk kita bertanya bagaimana cara mereka turun dan sebagainya. Cukup untuk kita menerimanya secara literal sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran.

 

Imam al-Qurtubi berkata: “Malam al-Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam al-Qadar.

BILAKAH MALAM AL-QADAR?

Pasti ada di antara kita yang tertarik dengan tawaran tersebut, tapi persoalannya bila malam al-Qadar itu berlaku?

 

Berkaitan tarikh atau bila malam al-Qadar itu berlaku ia terdapat khilaf di kalangan ulama’. Ada yang kata pada malam 27 Ramadan, ada yang mengatakan pada malam 24 Ramadan, ada juga yang mengatakan pada 17, 21 dan 23 Ramadan dan banyak lagi pandangan-pandangan yang dinyatakan. Akan tetapi pandangan yang masyhur ialah pada malam-malam ganjil di 10 malam terakhir pada bulan Ramadan. Hal ini berdasarkan sandaran kuat pada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Saidatina ‘Aishah RA bahawasanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Maksudnya: “Nabi saw apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).” (Riwayat Bukhari)

 

Maka berdasarkan pada hadith di atas, dapat kita ketahui bahawa pada 10 malam terakhir bulan Ramadan Nabi SAW akan memperbanyakkan lagi amal ibadah dan bersungguh-sungguh fokus dalam ibadah sehinggakan ada padangan ulama yang mengatakan bahawa pada malam-malam terakhir tersebut Nabi SAW menjauhkan diri dan tidak menggauli isteri kerana ingin tetap fokus sepenuhnya dalam mempertingkatkan amal ibadah.

 

Adapun antara hikmah dirahsiakan tarikh malam al-Qadar yang sebenarnya ialah semata-mata ingin mendidik umatnya agar sentiasa bersedia dan mengejar sebanyak mungkin pahala amal ibadah di dalam bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan, kemuliaan dan pengampunan padanya.

Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?

Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...

Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...

Tatacara Solat Sunat Witir

Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian

Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...

Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...

Hide Preloader