Lupa Password / Username Akaun Emas Public Gold

Share on social media

Anda terlupa password atau username akaun emas Public Gold?

Habislah semua emas-emas anda dalam akaun hilang..

Sabar.. jangan panik dulu.. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Kalau anda taknak emas-emas anda dalam akaun hilang begitu saja, jom ikut langkah-langkah berikut untuk dapatkan kembali akaun anda.

SOP: FORGOT PASSWORD / USERNAME

SOP atau Langkah ini adalah untuk kegunaan dealer atau pengguna akaun emas Public Gold yang terlupa atau ingin menukar password. Bagi pengguna yang telah mendaftar dan terlupa PG Code juga boleh menggunakan langkah-langkah ini sebagai panduan

Credit Image: Team SOP (Poster) G100

LANGKAH #1

Pertama sekali sila buka website rasmi Public Gold di https://publicgold.com.my/ atau aplikasi rasmi Public Gold. Kemudian tekan pada bahagian Login.

LANGKAH #2

Kemudian tekan pada bahagian Forgot Username sekiranya anda terlupa username atau PG Code anda sendiri.

Sekiranya anda terlupa password maka tekan pada bahagian Forgot Password.

LANGKAH #3

Kemudian sila masukkan alamat email yang anda gunakan ketika proses pendaftaran akaun dan tekan butang submit. Pastikan alamat email anda sama seperti yang dilakukan pada ketika pendaftaran.

LANGKAH #4

Sebuah popup yang menyatakan bahawa satu email telahpun dihantar ke alamat email anda untuk proses penukaran password dan tekan Ok.

Sekiranya anda melakukan proses untuk mendapatkan username atau PG Code maka satu email juga turut dihantar ke alamat email anda untuk menyatakan username atau PG Code anda.

LANGKAH #5

Semak mesej sms daripada Public Gold di telefon anda. Tekan link yang telah dikirimkan tersebut bagi proses seterusnya.

LANGKAH #6

Satu email turut dihantar ke email berdaftar anda untuk proses penukaran password sekiranya anda tidak mendapatkan mesej melalui sms telefon bimbit anda. Tekan salah satu sahaja link yang diberikan sama ada di sms atau alamat email anda.

LANGKAH #7

Setelah itu, anda akan diminta untuk memasukkan password yang baharu bagi akaun Public Gold anda. Pastikan password terbaru anda ini mudah diingat atau salin pada mana-mana kertas dan simpan di tempat yang selamat bagi mengelakkan anda terlupa password terbaru tersebut. Kalau lupa lagi tak tahu nak katalah, mungkin anda perlu dapatkan rawatan segera bagi hilangkan penyakit nyanyuk tu kot.. gurau gurau 🙂 

LANGKAH #8

Maka secara umumnya anda telahpun berjaya menukarkan password akaun anda yang baharu. Sekarang anda boleh cuba untuk login ke dalam akaun Public Gold anda dengan memasukkan username dan password terbaru anda.

ANDA INGIN MEMBELI EMAS SERENDAH RM100??

Di Public Gold kita boleh membeli emas serendah RM100 sahaja melalui akaun emas GAP. Jika anda berminat untuk membuka akaun simpan emas atau berminat untuk belajar membeli dan menyimpan emas anda pada hari ini, boleh terus tekan di sini

Boleh beli emas serendah RM100 bersamaan 0.3831 gram (mengikut harga semasa emas pada 20 Feb 2021)

Berikut merupakan video langkah-langkah bagi SOP Forgot Password / Username

Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?

Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...

Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?

Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...

Tatacara Solat Sunat Witir

Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian

Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...

Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...

Hide Preloader