Sejarah Darul Quran JAKIM

Share on social media

Darul Quran JAKIM yang teletak di sebuah kawasan berbukit dan tasik yang sangat tenang dan indah di Kuala Kubu Bharu pada asalnya ia hanya bermula dengan sebuah unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

Sumber gambar: Utusan Malaysia Online

Sejarahnya bermula apabila rentetan daripada lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara pada tahun 1965, dalam ucapan perasmian ketika majlis tersebut berlangsung, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyatakan hasratnya untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia.

Sumber gambar: Laman sesawang Darul Quran

Pada 1 Mac 1966 maka bermulalah penubuhannya secara rasmi di Dewan Syarahan Masjid Negara dengan hanya diwakili seramai 8 orang sahaja sebagai perintis awal yang dipilih dan dihantar dari setiap negeri di seluruh Malaysia.

 

Kemudian pada tahun 1972, ia dikenali pula dengan nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat. Institusi ini pada awalnya sempat bertukar-tukar tempat operasi dan kelolaannya. Ia pernah berpindah beroperasi di Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur, Taman Tun Dr Ismail, dan pernah juga beroperasi di Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor.

Seiring berkembangnya institusi pengajian al-Quran ini, maka struktur organisasinya turut berkembang. Bermula dari hanya sebuah unit kecil, ia dinaik taraf sebagai sebuah cawangan kemudian pada tahun 1997, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan tarafnya sekali lagi menjadi sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran.

Sumber gambar: selangor.travel

Begitu juga bagi infrastrukturnya, dari hanya beroperasi di Dewan Syarahan Masjid Negara, kemudian berpindah ke kompleks kecil dan akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Perkembangan ini merupakan suatu mesej penting yang menunjukkan bahawa institusi agama di Malaysia tidak terus ditinggal dan dilupakan. Peruntukan demi peruntukan tetap disalurkan walaupun dalam jumlah yang kecil, tapi mesej yang ingin disampaikan bahawa pengajian agama masih lagi mendapat tempat dan perhatian dalam kalangan pemimpin negara.

Hide Preloader