Sekularisme dan Islam

Sekularisme merupakan satu ideologi yang dibawa oleh barat. Pengasingan antara pengaruh agama dalam sistem pentadbiran sesebuah organisasi mahupun di peringkat negara, sedikit sebanyak akan menimbulkan ketidakseimbangan rasionaliti dalam mengambil sesuatu keputusan atas tindakan. Di Malaysia, Ideologi sekularisme secara rasminya mula menyerap masuk apabila British memperkenalkan Sistem Residen selepas Perjanjian Pangkor 1874 dengan melaksanakan dasar pemisahan pemerintahan dan pentadbiran negara daripada penguasaan sultan atau raja. Sultan atau raja hanya diberi kuasa khas untuk mengetuai hal-hal keagamaan di istana sahaja manakala residen pula bertanggungjawab mentadbir negeri. Dari sinilah, amalan fahaman sekularisme mula menyerap ke dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Malaysia. Sehingga ke hari ini, dasar Inggeris ini masih terus dikekalkan dengan pengasingan antara dua kuasa legislatif dan eksekutif, pentadbiran dan urusan raja-raja, yang hanya diperuntukkan kuasa dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.

Sejarah Sekularisme

Sekularisme sebenarnya telahpun wujud sejak zaman kegelapan eropah lagi. Kerancakan ideologi ini bermula apabila berlakunya kebangkitan masyarakat eropah pada ketika itu bagi menolak segala ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan raja dan gerja. Terdapat banyak faktor yang mendorong berlakunya penentangan terhadap gereja yang akhirnya melahirkan satu gerakan atau ideologi sekularisme di Eropah. Dalam kalangan ahli sejarah politik, mereka berpendapat bahawa ada dua gerakan yang bertanggung jawab memainkan peranan dalam tercetusnya ideologi Sekularisme ini. Gerakan yang pertama ialah gerakan pemberontak kaum Yahudi yang berperanan dalam mengapi-apikan semangat pemberontakan, pembentukan kumpulan-kumpulan sulit, pengintipan rahsia dan gerakan-gerakan penghancuran.

Manakala gerakan yang kedua ialah, gerakan pembebasan di Eropah yang dibawa oleh masyarakat Eropah atau penganut-penganut agama Kristian itu sendiri. Hal ini disebabkan kebangkitan penganut-penganut agama Kristian itu sendiri dalam menentang ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak gereja Kristian Katolik Eropah pada zaman Renaissance dalam abad ke-14M hingga ke-16M.

Gerakan pemberontak kaum Yahudi dilakukan melalui gerakan Zionisme, Freemasonary dan banyak lagi. Gerakan ini bertujuan hanyalah untuk meruntuhkan empayar Kristian di seluruh Eropah dan mewujudkan suatu sistem pentadbiran baru bagi memudahkan orang-orang Yahudi untuk menguasai Eropah secara khususnya dan seluruh dunia. Apabila empayar atau kerajaan Kristian Eropah diruntuhkan, maka mereka dapat membawa masuk atau melaksanakan sistem pentadbiran baru yang diperkenalkan oleh mereka antara contohnya ialah sistem demokrasi. Orang[1]orang Yahudi itu berapi-api dengan roh yang memberontak dan merekalah punca kepada segala pemberontakan yang terjadi diseluruh Eropah pada zaman tersebut.

Kaum Yahudi akan terus berusaha sedaya upaya untuk menimbulkan bibit huru-hara dan kehancuran. Pemberontakan dan kehancuran itu dilakukan di atas apa sahaja nama ideologi ciptaan manusia asalkan matlamat mereka dapat dicapai dan terlaksana. Ada banyak faktor yang mendorong berlakunya gerakan penentangan dalam Agama Kristian yang menolak campur tangan dan penindasan yang dilakukan oleh pihak gereja terhadap masyarakat Eropah. Tambahan, disebabkan berlakunya penentangan ini, maka tercetusnya ideologi Sekularisme itu sendiri. Antara faktor terbesar yang membangkitkan masyarakat dalam menentang institusi raja dan juga gereja, iaitu keangkuhan golongan raja-raja, keangkuhan pihak gereja Kristian dan juga pandangan gereja terhadap ilmu pengetahuan. Sebelum itu, kita perlu ingat bahawa masyarakat Eropah pada ketika itu, mereka sedang berada dalam fasa kegelapan atau dikenali dengan istilah “Dark Age”. Ketamadunan Barat atau Eropah berada pada tahap yang amat mundur dalam segenap aspek dan bidang terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan. Manakala pada fasa atau abad tersebut, tamadun Islam berada pada tahap yang amat tinggi dan maju. Tamadun Islam menguasai dalam segenap bidang ilmu pengetahuan. Hal ini kita dapat lihat apabila banyak universiti-universiti Islam yang dibangunkan di seluruh Cardova dan Andalusia. Maka pada abad tersebut, tamadun Islam dipandang tinggi dan amat dihormati oleh masyarakat dunia.

Faktor pertama yang mendorong berlakunya penentangan oleh masyarakat barat ialah disebabkan keangkuhan golongan raja-raja. Pada abad tersebut, masyarakat barat atau Eropah, mereka berada di bawah kuasa institusi raja dan juga gereja. Maka segala aktiviti dan kehidupan rakyat Eropah berada di bawah cengkaman dan undang-undang institusi raja dan gereja. Corak ekonomi masyarakat barat ketika itu bergantung kepada sektor pertanian. Hal ini menyebabkan wujudnya sistem feudal di mana tuan tanah dan raja-raja menjadi penguasa yang sangat diagung-agungkan. Jika kita lihat dalam konteks kerajaan Perancis pada zaman tersebut, golongan raja ini mereka menguasai seluruh tindak[1]tanduk rakyatnya. Raja mereka dianggap zalim kerana golongan raja mempunyai kuasa dalam merampas hak tanah rakyat mereka sendiri. Mereka bertindak mengikut sesuka hati semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Maka berlakulah kemunduran ekonomi masyarakat Eropah itu sendiri. Hal ini menyebabkan rakyat yang miskin semakin miskin manakala golongan raja dan juga bangsawan mereka menjadi semakin kaya. Golongan raja dan bangsawan mereka hidup bermewah-mewah atas penindasan dan penderitaan rakyat. Oleh disebabkan itu, maka ianya menjadi faktor kemarahan yang memuncak dan kebangkitan besar- besaran oleh masyarakat Eropah dalam menentang dan menggulingkan institusi raja.

Seterusnya faktor yang kedua ialah disebabkan keangkuhan pihak gereja Kristian Katolik. Masyarakat Eropah pada ketika itu, menjadikan Agama Kristian itu sebagai pegangan hidup yang mutlak. Maka tidak hairanlah jika pihak gereja mampu menguasai dan mencorak kehidupan masyarakat atau penganut Agama Kristian. Akan tetapi, setelah berabad zaman berlalu, pihak gereja menjadi semakin berkuasa dan bertindak Akan tetapi, setelah berabad zaman berlalu, pihak gereja menjadi semakin berkuasa dan bertindak zalim terhadap penganutnya sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila pihak gereja Kristian menyekat bahkan menafikan terus hak kebebasan berfikir bagi penganutnya dan masyarakat secara umum. Segala bentuk kenyataan paderi dianggap kudus atau suci dan sebarang penentangan terhadapnya dianggap kafir. Pihak gereja mereka berani untuk mengeluarkan hukum sebegitu terhadap penganutnya di dalam agama Kristian kerana ingin mengikat kesetiaan penganutnya kepada pihak gereja seterusnya bagi mengukuhkan lagi institusi gereja dalam komuniti masyarakat Eropah. Paderi gereja Kristian Katolik juga mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai hubungan terus dengan Tuhan Sang Pencipta. Pihak gereja Kristian Katolik berani meletakkan taraf mereka setaraf atau sejajar dengan Tuhan. Hal ini kita dapat buktikan apabila mereka sendiri mendakwa bahawa mereka mempunyai kuasa ketuhanan dan bertindak menggunakan kuasa tersebut supaya penganut mereka mematuhi dan mengikuti segala arahan dan perintah mereka. Oleh sebab itu, mereka menyatakan bahawa mereka layak untuk menjadi perantaraan manusia dengan Tuhan. Maka segala perkara perlulah merujuk kepada pihak gereja dalam segenap hal dan perkara seperti urusan pengampunan dosa, baptis dan jihad. Pihak gereja atau paderi-paderi mereka mempunyai hak dalam mentafsir Bible tanpa ada had dan batasan. Mereka menggunakan agama demi memenuhi kepentingan peribadi mereka. Perkara inilah yang menjadi antara sebab utama dalam tercetusnya kemarahan masyarakat Eropah terhadap penyelewengan dan keangkuhan pihak gereja.

Selain itu, penentangan pihak gereja ke atas ilmu pengetahuan juga menjadi sebab tercetusnya penolakan masyarakat terhadap gereja. Pihak Gereja Kristian Katolik menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu akan membawa kepada kekafiran dan segala pandangan atau pendapat mereka merupakan ilmiah. Paderi Kristian amat memusuhi ilmu pengetahuan yang membawa kepada kemajuan diri atau masyarakat. Hal ini kerana, segala ilmu pengetahuan yang membawa masyarakat kepada kemajuan itu semua datangnya daripada ketamadunan Islam. Segala ilmu pengetahuan ini dapat diperoleh daripada pengajian di seluruh universiti-universiti Islam yang ada di Andalusia dan beberapa wilayah Islam yang lain. Maka ramai penganut-penganut agama Kristian Katolik ini yang menuntut ilmu pengetahuan di universiti Islam. Hal ini menyebabkan pihak gereja Kristian Katolik bimbang akan tersebarnya pengaruh ilmu Islam ke dalam diri masyarakat Eropah. seterusnya menggugat kestabilan dan kedudukan institusi gereja dalam masyarakat Eropah. Oleh sebab itulah pihak gereja menentang keras terhadap ilmu pengetahuan yang membawa kemajuan masyarakat. Situasi ini akan membuka ruang kepada berkembangnya pengaruh Islam di Eropah. Pihak gereja berusaha sedaya upaya dalam usaha memisahkan agama dari ilmu pengetahuan. Umat Kristian terhad hanya terikat kepada pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh pihak gereja Kristian Katolik sendiri. Segala ilmu yang diambil luar daripada pihak gereja akan dianggap sesat bahkan kafir. Kemuncak penentangan pihak gereja terhadap ilmu pengetahuan ini berakhir dengan terbentuknya sebuah mahkamah penyiasatan (1481-1801) bagi menyiasat dan menghukum sesiapa sahaja yang didakwa menganut agama Islam atau tidak sealiran dengan pandangan atau pendapat pihak gereja.

Oleh yang demikian, disebabkan faktor-faktor tersebutlah maka kemuncak kemarahan rakyat dan masyarakat Eropah tercetus dan berlakunya revolusi penentangan dan penolakan besar-besaran terhadap institusi raja dan gereja di seluruh Eropah yang mana permulaannya bermula dengan revolusi di Perancis. Masyarakat Eropah bangkit menentang sekeras-kerasnya penindasan yang dialami oleh mereka selama ini, maka berlakulah penolakan dan pemisahan antara politik dan agama dalam struktur masyarakat Eropah. Apabila politik dan agama dapat dipisahkan, maka berjayalah usaha yang dilakukan oleh gerakan-gerakan penentangan tersebut dan tercapainya matlamat utama mereka, seterusnya melahirkan ideologi yang dinamakan Sekularisme.

Hadith Hasan

Hadith Sahih

Sekularisme dan Islam

Istilah-istilah dalam ulum hadith

Emas Menutup Kebocoran Wang

0
Visitors

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hide Preloader