Nombor VS Nilai

Guru emas saya, Penulis buku “Wang Emas” En Mohd Zulkifli Shafie pernah berkata:

Emas nilainya tidak bertambah atau berkurang. Sebaliknya, nilai emas itu bersifat kekal.

1 dinar pada zaman Rasulullah saw, iaitu 1400 tahun yang lalu, boleh membeli seekor (atau dua ekor-bergantung kepada saiz) kambing.

Pada hari ini, kalau kita semak harga bagi satu dinar lebih kurang RM800.

Maksudnya, dengan satu dinar yang kita ada masih boleh untuk membeli seekor kambing.

Nilainya tidak bertambah apatah lagi berkurang.

Walaupun “harga” emas kita nampak naik dalam jangka masa panjang, hakikatnya ia hanya naik dari sudut nombor semata.

Nombor(i.e. harga emas) sahaja yang semakin bertambah( i.e. meningkat), Nilai dan Kuasa membeli masih kekal sama.

 

NILAI BUKAN PADA NOMBOR

Antara salah faham yang terjadi dalam ramai orang adalah apabila melihat “nilai” sesuatu barang itu pada harga.

Contoh yang mudah adalah kos untuk dapatkan secawan kopi di warung.

Seingat saya semasa saya kecil, 50 sen sudah cukup untuk dapatkan secawan kopi(teh). Tetapi sekarang, dengan duit 50 sen yang sama kita sudah tidak boleh untuk mendapatkan secawan kopi dengan harga tersebut.

Paling kurang rata-rata warung menjual pada harga RM1.50.

Kalau kita lihat dari sudut “nombor”, maka kita dapati harga barang makin naik. Kita akan mengeluh.

Tetapi apabila kita melihat dari sudut ‘nilai”, sebenarnya disebalik kenaikan harga barang itu, duit kita yang jatuh. Duit Ringgit kita makin lama makin susut.

Ini adalah contoh inflasi.

inflasi.jpg

 

Pelbagai contoh untuk mudah faham tentang inflasi. [kredit foto: deenazmee]

Menurut pakar kewangan, duit kita sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik(nilai yang sebenarnya). Cepat atau lambat duit akan kembali kepada nilainya yang asal iaitu kosong .

Bukti yang jelas kekayaan tidak terletak pada nombor adalah apa yang berlaku pada duit pokok pisang pada zaman penjajahan Jepun di negara kita.

Selain itu, kita boleh belajar dari sejarah apa yang telah terjadi pada matawang negara Zimbabwe.

zimbabwe 100 trillion dolla

 

Apa “first impression” korang bila lihat sekeping note 100 trillion dollar ini ?

Kita dapat lihat contoh yang berlaku di Zimbabwe apabila pihak kerajaan mereka telahpun mencetak terlampau banyak duit matawang negara dan pada akhirnya berlaku inflasi yang sangat teruk, hyper inflasi.

100 trillion dollar yang tadi itu nilainya hanyalah lebih kurang seringgit.

index

 

100 billion dollar zimbabwe cuma mampu membeli 3 biji telur ayam sahaja. [valentinagurarie.wordpress.com]

BELI EMAS DENGAN ILMU, EMOSI TERJAGA

Sebab itulah bagi penyimpan emas yang mempunyai ilmu tentang kewangan tidak akan terkesan dengan naik atau turunnya harga emas.


Datanglah spekulasi dari mana-mana sumber sekalipun yang memberitahu harga emas akan naik sekian-sekian harga, mereka tetap dengan prinsip mereka iaitu membeli emas untuk kekalkan kuasa beli bukan untuk menjual semula apabila harga emas naik i.e “buy low sell high”.

Penyimpan emas seperti ini, guru saya gelarkan mereka gold saver “peace of mind”.

[Kredit foto; zaploes]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hide Preloader