Kenapa emas sangat penting dijadikan simpanan untuk tabung masa hadapan?

Kenapa Emas sangat sesuai dijadikan simpanan untuk tabung masa hadapan?

▪️Tidak menjadi masalah jika kita ingin menyimpan emas bermula dengan gram yang kecil walaupun sekecil satu gram kerana ianya adalah mampu milik. Siapa kata emas hanya untuk orang kaya sahaja?Semua orang boleh membelinya.
▪️Jika disimpan rasa sayang untuk dijual. Ini lebih selamat dan dapat disiplinkan diri. Kalau duit ada di dalam bank ianya sangat mudah untuk bocor. Inikan pula jika duit ada di tangan. Tapi emas sangat berbeza. Tak percaya boleh cuba.
▪️Menabunglah emas selama mana pun, lagi lama, lagi bernilai. Ianya kalis inflasi.
▪️Menabung emas bermaksud ada jaminan aset. Akan tetapi jika menabung duit belum tentu ada jaminan aset dalam kewangan peribadi kita. Nampak tak perbezaanya?

Impak kekayaan emas #1:

Kalis Inflasi<< 💪💵
》》Emas dan perak tidak akan dipengaruhi oleh inflasi secara keseluruhan

Apa itu INFLASI?
➡️ Inflasi ialah kadar kenaikan harga yang berlaku hampir setiap tahun.
➡️ Contoh Inflasi
Harga sebungkus nasi lemak boleh dibeli kurang dari RM0.20 sen pada tahun 1980an. Pada Tahun 2014 perlu ada sekurang-kurangnya RM1 untuk membeli sebungkus nasi lemak. Tapi sekarang ini, dengan RM1 belum tentu lagi untuk kita dapat membeli sebungkus nasi lemak?

Jadi, dengan memiliki emas, kita sebenarnya sedang memiliki satu jaminan aset untuk melawan inflasi. Emas mampu menyelamatkan kekayaan kita daripada inflasi. Emas dicipta untuk perhiasan, pelaburan mahupun simpanan.

Untuk perhiasan semestinya barang kemas, untuk pelaburan atau simpanan semestinya jongkong emas, dinar atau syiling emas. Ianya bergantung ke atas citarasa masing-masing. Lebih baik untuk kita pelbagaikan jenis simpanan emas.

Sekarang, dengan modal serendah RM100 anda sudah boleh mulakan simpanan emas dengan Public Gold. Amat mudah sekali kerana hanya berada di hujung jari sahaja, simpanan emas anda sudah bertambah.

Jika anda berminat untuk buka Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold, boleh terus PM saya atau tekan sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hide Preloader