Definisi kepada hadith sahih itu boleh dikenali sebagai sebuah hadith yang bersambung pada sanadnya, diriwayatkan oleh perawi yang bersifat ‘adil, dhabit, dari awal hingga akhir sanad tanpa wujud syaz dan ‘illah. Maka daripada definisi tersebut kita dapat jelaskan bahawa terdapat lima syarat penting yang menjadi asas dalam pengelasan sesebuah hadith sahih iaitu seperti berikut:
1. Sanad yang bersambung. Menjadi syarat bagi perawi yang meriwayatkan hadith tersebut mestilah menerima hadith daripada orang yang sebelumnya secara langsung dari awal sanad hingga akhirnya. Maka sekiranya terputus pada mana-mana tabaqat atau bahagian maka ianya tidak lagi dianggap sebagai hadith sahih.
2. Perawi yang ‘adil. Setiap perawi yang meriwayatkan hadith tersebut mestilah bersifat ‘adil iaitu seorang muslim, baligh, berakal, tidak fasiq dan bersih daripada perkara yang boleh menjejaskan maruah dan akhlaknya.
3. Perawi yang dhabit. Setiap perawi yang meriwayatkan hadith tersebut mestilah mempunyai ingatan yang kuat sama ada dari sudut hafalan atau tulisan.
4. Tidak wujudnya syaz. Untuk sesebuah hadith itu dinilai sebagai sahih mestilah bersih daripada sifat ganjil atau bercanggah dengan hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dinilai lebih thiqah daripadanya.
5. Tidak wujudnya ‘illah. Hadith tersebut tidak mempunyai sebarang kecacatan yang tersembunyi yang sukar dipastikan kecuali setelah dibuat penelitian yang begitu mendalam dan cermat. Sebagai contoh pada zahirnya kita dapati bahawa sanad hadith tersebut cukup syaratnya seperti bersambung, tetapi setelah dibuat penelitian yang mendalam ternyata ia tidak sedemikian.
Hukum hadith sahih
Hukum beramal dengan hadith sahih adalah wajib secara sepakat dalam kalangan ahli usul dan fiqh. Ia merupakan salah satu hujah dan sumber dalam Islam yang sah dan tidak dapat dibantah.
Contoh hadith sahih
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ: كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ.
Maksudnya:
Musaddad telah menyampaikan kepada kami, daripada Mu’tamir, dia berkata, “Aku mendengar bapaku berkata, “Aku mendengar Anas bin Malik r.a. berkata; Rasulullah s.a.w. biasa berdo’a: (‘Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari sikap lemah, malas, pengecut dan terlalu tua dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan kematian dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa qubur”).
Apakah Perbezaan Antara Niat dan Lafaz Niat?
Niat ialah suatu ingatan atau lintasan yang hadir di dalam hati tidak kira ia sedetik mahupun lama. Lafaz Niat pula...
Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda?
Mahukah Anda Kerja Sekali Tapi Dibayar Berlipat Kali Ganda? Pasti ramai yang berminat apabila terbaca adanya tawaran kerja sekali tapi...
Tatacara Solat Sunat Witir
Setiap kali datang bulan Ramadan pasti ada di kalangan kita yang terlupa bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat witir. Maka...
Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan dan Harian
Bulan Ramadan telah pun tiba, sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadan...
Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan
Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan,...
Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?
Aduhh.. Harga emas naik lagilah.. Tak sempat nak grab masa harga emas murah haritu.. Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami...