Hadith Hasan

Definisi kepada hadith hasan adalah sebuah hadith yang bersambung sanadnya, diriwayatkan oleh perawi yang ‘adil, kurang dhabit, dari awal hingga akhir sanad tidak wujud sebarang syaz dan ‘illah. Maka disini kita dapat kenalpasti sesebuah hadith hasan itu melalui lima perkara atau syarat iaitu:

  1. Sanadnya bersambung
  2. Diriwayatkan oleh perawi yang ‘adil
  3. Diriwayatkan oleh perawi yang kurang dhabit (kurang dari sudut kekuatan ingatan hafalan) berbanding perawi hadith sahih.
  4. Tidak wujud sebarang syaz.
  5. Tidak wujud sebarang ‘illah.

Perbezaan antara hadith hasan dan hadith sahih.

Jika kita lihat kepada takrif hadith hasan dan hadith sahih ia seakan sama. Maka kita dapat lihat bahawa perbezaan antara hadith hasan dan hadith sahih hanyalah pada permasalahan kekuatan daya ingatan perawi hadith. Hadith sahih perawinya bersifat kamil al-dhabt iaitu kesempurnaan dalam ketepatan dan ingatan. Sedangkan hadith hasan perawinya mempunyai sedikit kekurangan dari sudut ingatan iaitu qalil al-dhabt.

Hukum hadith hasan

Hadith hasan merupakan salah satu sumber dalam Islam dan diterima dalam penghujahan. Akan tetapi sari sudut kekuatan, ia tidak setaraf hadith sahih kerana ada sedikit kekurangan dari sudut ingatan perawi.

Contoh hadith hasan

‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَعْقُوبُ ‏ ‏سَمِعْتُهُ يُحَدِّثُ ‏ ‏يَعْنِي ‏ ‏أَبَاهُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏يَزِيدَ بْنِ الْهَادِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ ‏أَنَّهُ قَالَ ‏ ‏إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ فِي مَجْلِسٍ ‏ ‏أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِأَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَقُولُهَا قَالَ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَقَالَ أَحْسَنُكُمْ أَخْلَاقًا

Ya’qub menceritakan, daripada bapanya menceritakan, daripada Yazid iaitu Ibn al-Had daripada ‘Amr bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. telah bersabda: Mahukah kamu aku ceritakan orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku di dikalangan kamu pada hari kiamat?” Nabi mengulangi sebanyak tiga kali. Kami berkata: “Bahkan wahai Rasulullah!” maka berkata Rasulullah “Iaitu orang yang paling baik akhlaknya”.

Hadith Hasan

Hadith Sahih

Sekularisme dan Islam

Istilah-istilah dalam ulum hadith

Emas Menutup Kebocoran Wang

0
Visitors

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hide Preloader