3 Posisi Pelaburan Emas

3 POSISI PELABURAN EMAS

Hari ini, penyimpan emas yang berilmu tersenyum lebar kerana harga emas cuma RM254/gram (20 Feb 2021). Mereka yang sudah membeli pada harga RM304/gram haritu pun tidak rugi jika tahu posisi masing-masing dalam pelaburan emas sama ada sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga.

Apa beza penyimpan, pelabur dan peniaga emas ini?

  1. PENYIMPAN EMAS
    Simpan emas untuk jangka masa panjang dengan matlamat yang jelas. Contohnya simpan untuk deposit rumah, belanja kahwin atau tabung anak-anak. Tidak kisah sama ada harga emas turun atau naik asalkan setiap bulan jumlah gram yang disimpan sentiasa bertambah.

Apabila harga emas turun seperti hari ini, makin membuatkan mereka tersenyum kerana pada masa inilah untuk menambah gram dalam simpanan emas.

  1. PELABUR EMAS
    Jika hanya menyimpan 1 gram emas sebulan, ia belum dikategorikan sebagai pelabur emas lagi. Pelabur emas perlu mempunyai ilmu analisis teknikal harga emas supaya boleh memaksimakan keuntungan jangka masa pendek.

Pelabur emas akan membeli item yang besar seperti 250g atau 1000g. Walau naik RM1 saja pun dah untung RM250-RM1000.
Buy Low Sell High.

  1. PENIAGA EMAS
    Pada posisi mereka akan sentiasa untung tidak kira sama ada harga emas tinggi atau rendah. Belum ada lagi kedai emas yang tutup disebabkan tidak ada orang untuk membeli emas. Waktu harga mencanak naik musim covid-19 ini makin ramai berpusu-pusu membeli atas sebab faham nilai emas waktu ekonomi merosot.

Kesimpulannya, kalian berada pada posisi yang mana?
adakah sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga emas?

Andai pun esok hari harga emas turun, kalian akan tetap senyum apabila sudah memahami dan tahu di mana posisi kalian berada.

Jika anda berminat untuk membuka akaun simpan emas atau berminat untuk belajar membeli dan menyimpan emas anda pada hari ini, boleh terus pm saya atau tekan sini

Boleh beli emas serendah RM100 bersamaan 0.3831 gram (mengikut harga semasa emas)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hide Preloader